Sunday, January 30, 2011

Sebenarnya....

Kita sebenarnya…..lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya…..lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya…..lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya…..lebih khusyuk mendengar lagu Hindustan daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya…..lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji

Kita sebenarnya…..lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya…..lebih suka menyebut hai dan hello daripada Assalamu’alaikum

Kita sebenarnya…..lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop, dll daripada berzikir

Kita sebenarnya…..lebih suka memuja manusia daripada memuja Allah kita sendiri

Kita sebenarnya…..lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya…..lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

Kita sebenarnya…..lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya…..lebih suka mencarut daripada menyebut Masya-Allah

Kita sebenarnya…..lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan

Kita sebenarnya…..lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya…..lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI…..bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa…..

Kita sebenarnya…..lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??
Mari kita renung2kan bersama...

No comments:

Post a Comment