Saturday, January 15, 2011

Mawarku...

Mawarku...
Senyum itu adalah sedeqah yang paling mudah untuk dilaksanakan...
Lantas...
Senyumlah dengan senyumanmu yang ikhlas dan cantik, agar yang melihat dapat menenangkan fikiran, serta dapat mengirinkan cinta dan mengutus kasih-sayang bagi orang lain...
Kerana agama Islam itu terlalu indah untuk dituturkan...

Mawarku...
Bersahabatlah sebaik mungkin...
Dengan tutur kata yang baik, anda akan dapat menjalinkan persahabatan yang dianjurkan oleh syari'at dan menghapus semua rasa dengki...

Mawarku...
Harta dunia bukanlah segala-galanya...
Lalu...
Dermakan dan berkongsilah harta tersebut dengan orang2 lain...
Sesungguhnya,tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima...
Sesungguhnya...dengan pemberian itu...
Dapat membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar, menghilangkan dahaga, memberi sinar dan harapan kepada kehidupan...

Mawarku...
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanmu yang paling rapat...
Bukakanlah hatimu untuk sedia duduk bersama Al-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar...
Ataupun...
Bawa ia bersama walau ke mana sahaja kamu pergi...
Kerana dialah penghibur duka dan lara...
Kerana dialah sahabat yang dapat menenangkan...
Kerana dialah pengawal hati dan jiwa yang dilanda resah atau desakkan gelora nafsu...
Kerana ia jugalah, amal dan kebajikan kita bertambah...

Mawarku...
Dekatkanlah dirimu dengan Allah Taala...
Dengan solat sunatmu, dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka untuk memperbaharui taubat...
Sesungguhnya Allah Taala suka kepada hamba yang sering mengadu padaNya, yang sering ingat padaNya, yang selalu mengulang namaNya, yang membasahkan bibir demiNya...



Ya...itulah yang dikatakan cinta yang kian menyubur di antara Allah Taala dan hambaNya...

No comments:

Post a Comment