Sunday, January 30, 2011

Bahagiakah begitu dan begini........???

Bahagianya kalau ada duit banyak.. [sedangkan makin banyak duit, nafsu makin hebat berbelanja untuk sesuatu yang tidak diperlukan, akhirnya boros menjadi saudaranya si syaitan]

Bahagianya kalau saya cantik macam dia...[ sedangkan kecantikan itu mudah saja disalah gunakan, merasa cantik lantas membuka 'kecantikan' pada laki-laki di jalanan, akhirnya menjadi senjata syaitan untuk melemahkan kaum adam]

Bahagianya kalau saya pandai macam dia... [sedangkan ramai orang - makin dia pandai, makin dia menjauh dari tuhan, akhirnya kepandaian hanya di atas kertas, 'A' bersusun, tidak memberi nilai tambah pada akhlak dan iman]

Bahagianya kalau saya ada suami.. [sedangkan ramai yang makan hati dan muram berpanjangan dengan kerenah pasangan hingga berbisik 'alangkah bagus jika aku tak berkahwin..']

Bahagianya kalau ada anak...[sedangkan ramai ibu bapa hari ini yang terguris terluka dengan telatah anak-anak. Ya, anak-anak comel menyejuk hati di waktu bayi, namun bertambah usia, ibu bapa sering menjadi orang paling belakang dalam hidup anak-anaknya..]

Bertahun mencari bahagia..

Bahagia itu rupanya ada pada ALLAH.

Bahagia ada pada jiwa yang ikhlas menyerahkan seluruh perbuatan dan pekerjaan kepada ALLAH.

Bahagia beriringan dengan orang yang berusaha menjadikan Rasulullah SAW rujukan dan panduan dalam urusan seharian.

Beruntunglah mereka yang kaya duit, dalam masa yang sama jiwanya juga kaya iman , kerana cinta ALLAH berleluasa dalam hatiNYA.

Beruntunglah mereka yang pandai, dan kepandaian itu menjadikan hatinya makin kagum dengan Pencipta.

Beruntunglah mereka yang memiliki keluarga bahagia - bersama suami dan anak -namun itu tidak lain menjadikan hatimua makin tunduk pada kekuasaan dan keagungan ALLAH yang menebarkan kasih sayang sesama.

Temanku, sungguh bahagia itu ada pada ALLAH. ALLAH turunkan dalam hati hamba yang mentaatiNYA, yang tak jemu mendekati dan mengenaliNYA. Hati yang selalu bertaubat akan bahagia merasa ALLAH tak pernah meninggalkannya.

Cinta ALLAH adalah bahagia sebenarnya. Kita tak akan pernah kecewa dan terluka dengan cintaNYA.

Mengharap bahagia dari faktor luaran, kita PASTI takkan bahagia.

Carilah ilmu tentangNYA, mujahadahlah menelusuri jalanNYA..

Wanita dan aurat.....

Wanita: 13 Aurat yang perlu dijaga

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sebenarnya....

Kita sebenarnya…..lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya…..lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya…..lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya…..lebih khusyuk mendengar lagu Hindustan daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya…..lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji

Kita sebenarnya…..lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya…..lebih suka menyebut hai dan hello daripada Assalamu’alaikum

Kita sebenarnya…..lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop, dll daripada berzikir

Kita sebenarnya…..lebih suka memuja manusia daripada memuja Allah kita sendiri

Kita sebenarnya…..lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya…..lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

Kita sebenarnya…..lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya…..lebih suka mencarut daripada menyebut Masya-Allah

Kita sebenarnya…..lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan

Kita sebenarnya…..lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya…..lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI…..bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa…..

Kita sebenarnya…..lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??
Mari kita renung2kan bersama...

Wednesday, January 26, 2011

Mutiaraku...

Mutiaraku...
Susah itu tarbiyah, malah tazkiyah buat hti yang kosong...
Jangan kita mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap...
Kerana pada hakikatnya...
Tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya,
Apatah untuk membebaskan dirinya daripada kekeruhan dalam kehidupan...
Oleh itu mutiaraku...
Senyumlah pada ujian...
Ucapkan salam pada kesusahan dan kesulitan...
Hadapilah semuanya dengan tenang...
Percayalah...
Ketenangan yang dicari pasti akan ditemui...

Mutiaraku...
Berbuat baiklah sesama manusia...
Meskipun manusia berbuat yang tidak baik kepada kita...
Ayuh mutiaraku...
Jadilah seperti pohon kurma...
Punya cita2 yang tinggi, kebal dari penyakit...
Dan...
Bila dilempar batu ia tetap membalas dengan buah kurmanya...
Walau dihina, disakiti namun tetap ingin berbakti kepada umum...
Ayuh...

Mutiaraku...
Mengapa terus murung...
Mengapa membiarkan masamu dengan aliran air mata...
Mengapa ditangisi takdir2mu...
Mengapa masih di sini...
Bangkitlah mutiaraku...
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan...
Maka sedarlah mutiaraku...
Mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah...
Janganlah bersedih...
Sesungguhnya Allah bersama kita...

Mutiaraku...
Untuk apa menunggu datangnya bencana dan fitnah...
Carilah ketenangan, keamanan, kedamaian dan kesihatan...
InsyaAllah...
Allah tidak akan sekali2 menyia2kan hambaNya...

Mutiaraku...
Tahukah kamu, hasad dengki itu amatlah merbahaya, malah bisa memakan segala amal dan kebaikanmu...
Maka, apa tunggu lagi mutiaraku...
Padamkan api kedengkian di dadamu itu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah terhadapmu...
Nescaya, kebahagiaan akan menjadi milikmu yang kekal...
Sempurn dan abadi selamanya...

Mutiaraku...
Kebersihan itu sebahagian daripada iman...
Mandi, berwudu', memakai wangian dan bersiwak dengan teratur...
Adalah rahsia untuk menghilangkan kepenatan dan kesempitan...
Tapi perhiasan yang paling cantik hanyalah untuk suamimu...
Bukan untuk tatapan umum dan khalayak ramai...
Peliharalah dirimu sebaiknya...

Agar cinta Allah dapat kamu rebuti daripada mutiara2 lain... :)

p/s : uppsss berebut?? hehehe berkongsilah sesama kite...
        sharing is caring... :)

Saturday, January 15, 2011

Mawarku...

Mawarku...
Senyum itu adalah sedeqah yang paling mudah untuk dilaksanakan...
Lantas...
Senyumlah dengan senyumanmu yang ikhlas dan cantik, agar yang melihat dapat menenangkan fikiran, serta dapat mengirinkan cinta dan mengutus kasih-sayang bagi orang lain...
Kerana agama Islam itu terlalu indah untuk dituturkan...

Mawarku...
Bersahabatlah sebaik mungkin...
Dengan tutur kata yang baik, anda akan dapat menjalinkan persahabatan yang dianjurkan oleh syari'at dan menghapus semua rasa dengki...

Mawarku...
Harta dunia bukanlah segala-galanya...
Lalu...
Dermakan dan berkongsilah harta tersebut dengan orang2 lain...
Sesungguhnya,tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima...
Sesungguhnya...dengan pemberian itu...
Dapat membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar, menghilangkan dahaga, memberi sinar dan harapan kepada kehidupan...

Mawarku...
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanmu yang paling rapat...
Bukakanlah hatimu untuk sedia duduk bersama Al-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar...
Ataupun...
Bawa ia bersama walau ke mana sahaja kamu pergi...
Kerana dialah penghibur duka dan lara...
Kerana dialah sahabat yang dapat menenangkan...
Kerana dialah pengawal hati dan jiwa yang dilanda resah atau desakkan gelora nafsu...
Kerana ia jugalah, amal dan kebajikan kita bertambah...

Mawarku...
Dekatkanlah dirimu dengan Allah Taala...
Dengan solat sunatmu, dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka untuk memperbaharui taubat...
Sesungguhnya Allah Taala suka kepada hamba yang sering mengadu padaNya, yang sering ingat padaNya, yang selalu mengulang namaNya, yang membasahkan bibir demiNya...



Ya...itulah yang dikatakan cinta yang kian menyubur di antara Allah Taala dan hambaNya...