Saturday, February 12, 2011

Namamukah yang tertulis...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?


Aduhai ADAM
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Andainya kaw bisa menjwabnya.....


Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,

Aduhai ADAM,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,


Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,

Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.


Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[
Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[
Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[
Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [
Surah Fussilat: 36]
Kamu dan aku adalah intan terpilih,

Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

INSYAALLAH……
WASSALAM…

UNTUK PRKONGSIAN BERSAMA...^_^
di copy dari note sahabat di fb...sharing is caring... :)

Wednesday, February 2, 2011

Kekuasaan Allah...

Pasti ada hikmah disebalik kejadianNya...

Kalau zaman dulu boleh bina bangunan tinggi tanpa alat2 canggih seperti skrg...knape kte tdk lbh daripada itu..???????? renung2kan...

Di bina tanpa kemudahan seperti sekarang...ini semua dgn izin dn kkuasaan Allah...tnpa Allah,siapalah kte...

Same2lah muhasabah diri...di mana kite sebenarnye...apakah sumbangan kite buat Islam...adakah kite mmpu menegakkan Islam utk mse hdpn...dn tnye pd diri,adkh setiap prkare yg kte lakukn mendapat redha drpd Ilahi...wallahu'alam...

Manusia vs Malaikat vs Syaitan...


Manusia, Malaikat, Syaitan ..

> > > Manusia - Eh, dah subuh dah?
> > > Malaikat - bangunlah wahai anak
Adam, tunaikan Solat Subuh mu,
> > > Syaitan - Alahhhhhh, lecehlaaaah kejaplah,..
ngantuk !! masih .awal lagi nie?.z..z..z..z..z..z

> > > Manusia - Nak makan, laparlah !
> > > Malaikat - Wahai Anak Adam,
mulakanlah dengan Bismillah...bersyukurlah kepada Allah..
> > > Syaitan - Ahh, tak payahla...
dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa!!!

> > > Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
> > > Malaikat - Wahai anak Adam,
pakailah pakaian yang menutup aurat..
> > > Syaitan - Ehh, panaslah, takde
style langsung, nampak kampung!!

> > > Manusia - Alamak, dah lewat!
> > > Malaikat - Bersegeralah wahai
manusia , nanti terlewat ke kuliah..
> > > Syaitan - Ahhh? Malaslah nak pegi kuliah .boring,,, mmm..
Escape sajalah!! Takpa kan??

> > > Manusia - Azan sudah kedengaran..
> > > Malaikat - Wahai anak Adam,
bersegeralah menunaikan kewajipan
> > > Syaitan- Okla,,Okla,, kejap nanti pegi..
rilex lah.. awal lagi nie?

> > > Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan Mengetahui!
> > > Syaitan - Ooiiiiii... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie…haha!

> > > Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah dia..nasihatilah dia!
> > > Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

> > > Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
> > > Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?..Isyyyy..

> > > Manusia - aku telah berdosa..
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah bertaubat , sesungguhnya Allah
Maha Pengampun & menerima Taubat yang bersungguh-sungguh & ikhlas.
> > > Syaitan - Takpe, semue orang pun berdosa kan? Takyah bingung bha…
lain kali boleh bertaubat...

> > > Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu serta merta! .
> > > Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh! Peluang
datang sekali ja tau!

> > > Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
> > > 1. Anda – Patut ke aku biarkan peringatan ini tetap dalam fikiranku?.
> > > 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan peringatal ini)
> > > 3. Syaitan - Tak payahlah sibuk! Delete saja.Ini bahan gurauan saje bha…

WAllahu'alam..

Tuesday, February 1, 2011

Sabar Oh Sabar...

Sabar itu ada 3peringkat.....
1. Sabar atas bala
2. Sabar atas maksiat
3. Sabar atas ibadat
Sesiapa yang sabar atas bala' baginya 900 darjat, sabar atas maksiat 600darjat, dan sabar atas ibadat 300darjat...di sini menunjukkan bahawa sabar atas bala' itu yang paling besar.............
Bala....apa itu bala?? Bala ialah sesuatu yang menimpa kita yang ...kita tidak suka walaupun perkara kecil...cth: tersepak batu
Persoalan....adakah orang yang ditimpa bala kecil pun menerima 900 darjat?? Jawabnya ya....contoh: orang yang kemalangan jalan raya dengan orang yang tersepak batu dan mereka sama-sama sabar. Mereka sama-sama mendapat 900 darjat...
Kuantitinya sama iaitu 900 darjat tetapi, kualitinya yang berbeza...kita ibaratkan dengan buah....si A dan si B sama-sama mendapat 900 biji buah limau tapi, buah limau milik si A lebih besar dan lebih manis daripada buah limau si B....kuantiti buah limau si A dan si B sama-sama 900 biji tetapi, buah limau si A lebih berkualiti.
Begitulah diibaratkan sabar atas bala' yang kecil dengan sabar atas bala' yang besar.
Sabar itu pula dikira pada awalnya...contoh: seseorang itu terjatuh lalu, dia terus redha dan sabar...maka, baginya pahala sabar
contoh ke-2: seseorang itu tersepak batu lalu terjatuh. Dia pun marah-marah, selepas itu, baru dia menerimanya....itu tidaklah dikira sabar...
Sama-samalah kita berusaha untuk sabar atas setiap keadaan....Sabar, satu perkataan yang amat mudah disebut tetapi, amat susah dilaksanakan...
Innalaha ma'as sobirin..
"sesungguhnya Allah bersama2 org yg sabar"