Tuesday, February 1, 2011

Sabar Oh Sabar...

Sabar itu ada 3peringkat.....
1. Sabar atas bala
2. Sabar atas maksiat
3. Sabar atas ibadat
Sesiapa yang sabar atas bala' baginya 900 darjat, sabar atas maksiat 600darjat, dan sabar atas ibadat 300darjat...di sini menunjukkan bahawa sabar atas bala' itu yang paling besar.............
Bala....apa itu bala?? Bala ialah sesuatu yang menimpa kita yang ...kita tidak suka walaupun perkara kecil...cth: tersepak batu
Persoalan....adakah orang yang ditimpa bala kecil pun menerima 900 darjat?? Jawabnya ya....contoh: orang yang kemalangan jalan raya dengan orang yang tersepak batu dan mereka sama-sama sabar. Mereka sama-sama mendapat 900 darjat...
Kuantitinya sama iaitu 900 darjat tetapi, kualitinya yang berbeza...kita ibaratkan dengan buah....si A dan si B sama-sama mendapat 900 biji buah limau tapi, buah limau milik si A lebih besar dan lebih manis daripada buah limau si B....kuantiti buah limau si A dan si B sama-sama 900 biji tetapi, buah limau si A lebih berkualiti.
Begitulah diibaratkan sabar atas bala' yang kecil dengan sabar atas bala' yang besar.
Sabar itu pula dikira pada awalnya...contoh: seseorang itu terjatuh lalu, dia terus redha dan sabar...maka, baginya pahala sabar
contoh ke-2: seseorang itu tersepak batu lalu terjatuh. Dia pun marah-marah, selepas itu, baru dia menerimanya....itu tidaklah dikira sabar...
Sama-samalah kita berusaha untuk sabar atas setiap keadaan....Sabar, satu perkataan yang amat mudah disebut tetapi, amat susah dilaksanakan...
Innalaha ma'as sobirin..
"sesungguhnya Allah bersama2 org yg sabar"

No comments:

Post a Comment