Wednesday, November 9, 2011

Hantaran bertahta kan permata syurga....

bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..setelah lme x post pape kt blog sye ini...
mlm ni tbe2 jer gatai tgn nk bukak...
hurm lebih kpd perkongsian gitu r...


satu perkongsian istimewa buat sye dn shbt2 sumer...jom zoom in... =)

Al-kisah...dahulu kala...ada seorang muslimah yang cita-citanya ingin menjadi wanita acuan al-Quran yang sangat taat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam yang baru dianutinya. wanita itu saban hari di kecam masyarakat setempatnya. namun kerana cintanya pada agama yang baru dianutinya itu, dia membawa diri. dek sakit dan sedih untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling. lalu berjalanlah dia ke negara jiran. di negara tersebutlah dia memulakan hidup barunya. berkat kesabarannya yang menggunung itu, dia pon berjaya mendapatkan satu pekerjaan mulia, tukang sapu sampah dan bersihkan masjid, upahnya makan minum dan tempat tinggal di berikan percuma.

"awak akan menetap di rumah saya" ucap seorang ustaz yang menjaga masjid tersebut.

"maaf ustaz..biarkan hati dan diri ini dekat dengan baitullah kerana saya baru sahaja memeluk Islam, takot bila berada di rumah saya akan lalai pula.." rayu nya.

"baiklah kalau itu yang kamu mahukan..makan dan minum akan dihantar oleh isteri saya sehari tiga kali yer.."ujar ustaz yang budiman itu.

"hurm..maaf ustaz..bolehkah saya membuat permintaan lagi?" muka wanita tadi sayu memandang ke arah ustaz tersebut.

dengan senang hati ustaz menjawab... "ya..silakan..."

"bolehkah saya hanya diberi makan sekali sehari?" request wanita tadi sambil merenung tepat ke arah ustaz tadi. harapannya, permintaan itu dikabulkan.

"hurm...izinkan saya berbincang dengan zaujah saya terlebih dahulu.." kata ustaz sambil meraba poket jubahnya, mencari hatifnya. sahabat2 ustaz yang lainnya terkebil2. hairan ada, pelik pon ada.

"assalamualaiki ya habibati..'asluha nak tinggal di baitillah wa request to'am wahid faqot kul yaum..kaifahaluki?" sahabat2 yang dengar tarsenyum penuh pengertian.

makna bagi ayat tadi "sejahtera keatas kamu wahai kekasihku..madumu nak tinggal di masjid dan minta makan sekali sehari sahaja..bagaimana keadaanmu?"

isteri solehah menjawab penuh hemah " waalaikassalam ya zaujul karim..ana ma laish..iza zalika allazi hubbuhu wa hubbuha..ana redha lillahi taala.." isteri solehah itu menjawab soalan yang tersirat dan tersurat dari suaminya dengan penuh ketaatan dan kelapangan hati.

nak tahu terjemahannya?hehe ni dia terjemahannya "dan salam sejahtera juga ke atas kamu wahai suami yang dimuliakan..saya tak kisah..jika itu yang kamu suka dan dia suka..saya redha kerana Allah Taala..."

keesokkan harinya, maka berkahwinlah wanita yang baru memeluk Islam itu dengan ustaz budiman itu dengan dihadiri tetamu jemputan isteri solehah tercinta dan para malaikat yang memayungi isteri solehah tersebut dengan payung emas yang sangat berkilauan... :)

setelah berkahwin, wanita itu dilabel sebagai perampas oleh penduduk kampung negara yang baru dia berhijrah itu. lalu bangkitlah isteri solehah itu mem back-up madunya. dengan tegasnya dia bercakap.

"kenapa dia yang disalahkan? sedangkan ana yang memberi izin kepada zauji untuk menambah sesuai dengan kemampuannya. kalian tidak berhak menghina madu ana, kerana itu diibaratkan kalian menghina ana yang selama ini berukhwah dengan kalian. teganya kalian berbuat begitu. lupakah kalian, Islam tidak pernah melarang umatnya untuk bernikah 2,3 atau 4 jika ternyata umatnya mampu. akan tetapi jika tidak mampu, kalian di anjurkan untuk berpuasa. apakah kalian ingin menolak apa yang digariskan oleh Islam buat kita?" 
isteri solehah itu berkata dalam sendu yang tidak bertahan lagi. dia lantas menyambung.

"ujian ini buat ana, bukan kalian, kenapa mesti kalian sibuk membicarakan soal urusan orang lain, sedang urusan kalian masih tak sempurna. lagian, ana redha dan terima dengan apa yang terjadi. mengapa harus kalian yang ribut2?" akhirnya isteri solehah itu terduduk lemah dan sayu. air matanya tumpah mencurah daripada pipinya yang gebu dan mulus itu.

penduduk yang menghina dan mengherdik madunya itu terus datang menerpa dan meminta maaf kepada isteri solehah tersebut. kedengaran suara2 sumbang yang membawa risikan syaitan bersuara. "kami sayangkan kamu, lillahi taala, wallahi, tapi ternyata suamimu lebih tega menduakanmu, kami tidak sanggup melihat kamu bersedih, dan kami sangat faham perasaan wanita yang diduakan oleh suami yang selama ini ditaati segala kemahuannya, makanya kami datang ingin membelamu." mendengarkan pengakuan itu, isteri solehah hiba dan makin kuat menangis.

namun, tiba2....

"cukup!! kalian tidak mengerti dan tidak faham, pengorbanan ini bukanlah untuk kebahagiaan suamiku sahaja tetapi kebahagiaanku juga. ana benar2 merindui dan mendambakan cinta Kekasih ana yang dulu, Kekasih yang pertama bermukim di hati ini" ucapan yang terkeluar dari mulut isteri solehah itu didengari oleh semua penduduk kampung dan suaminya serta madunya. mereka mula menjauhkan diri darinya dan terputuslah ukhwah yang mesra sesama mereka.

madunya diberi keselesaan dan kemewahan yang melimpah ruah oleh si suami budiman. dalam masa yang sama, si budiman lupa tanggungjawabnya terhadap isteri solehah, bukan lupa tapi dah hilang dek ucapan terakhir si isteri solehah yang sebenarnya telah di salah ertikan oleh semua orang. si suami tidak berlaku adil, hatinya ditusuk panah syaitan, jiwanya diracun bisikan iblis. si suami kini tidak pernah menjenguk ke bilik isteri solehahnya walaupun sekali. dia senang dengan isteri barunya. isteri pujaannya. dia terlupa susah senang yang dialaminya selama ini dengan isteri solehahnya. dia terlupa pengorbanan dan keperitan si isteri solehah. dia lupa istikharahnya. dia lupa usahanya untuk mendapatkan isteri solehahnya. dia lupa semuanya.

si isteri solehah meneruskan hidup dengan tenang. dia jarang keluar bilik. siang puasa, berbuka dengan air mata. tapi kakuatan yang bermukim dalam dirinya amat luar biasa. itulah yang dikatakan doa senjata mukmin. ya, dia tidak pernah lupa untuk berdoa selalu. beribadah sesungguhnya. kini, malamnya ditemani tasbih cinta, paginya ditemani dhuha dan petangnya ditemani kalamullah yang tak pernah berhenti dari bibir mungilnya. wajahnya kian berseri. setiap malam, sujudnya bersatu dengan nur di wajahnya dan menerbitkan silauan yang berbuah rahmah Ilahi. dibibirnya tidak pernah terlupa untuk menyebut nama arwah kedua orang tuanya, juga suami soleh yang ditaatinya serta madu yang dikasihinya. tahajud kasihnya selalu berakhir dengan linangan air mata kasih sayang dari Kekasihnya. dia redha. dia ikhlas. dia terima. kerana Allah tak kan menguji sesuatu diluar batas kemampuan hambaNya. jadi dia yakin, tentu ada yang ingin Allah hadiahkn buatnya. jadi dia bisa senyum walau hati luka malah berdarah berterusan.

puncak kesedihannya terus berlalu begitu. badannya kini kurus melidi. kekuatan kian menyusut. tahap ubudiyah dipertingkat walau suaranya tidak lagi kedengaran. lirih dia mengucapkan syahadah berulang2. tangannya terketar2. selembar kertas putih diambil dan sebatang pena di celup dengan dakwat hitam. bilbasmalah dia mula menulis. matanya terasa perit untuk dibuka. tapi pena terus di hayun. satu persatu ditulis. semuanya ringkas dan mudah difahami. straight to the point. seusai mencoret. kertas dilipat lembut. disisip ke bawah bantal tidurnya. dia lantas bangun dan berwudu'. selesai menunaikan solat sunat wudu'. dia terlena di atas tilam dengan surah al-mulk meniti di bibir mulut. selawat, tasbih dan tahmid beredar melalui relung darahnya. lena benar tidurnya. beberapa ekor nyamuk mengelilinya laksana sang pahlima menjaga tuanku permaisuri. wajahnya bercahaya. bibirnya tersenyum riang. 

"abah...mama...tunggu sekejap...along nak bersiap2 ni...nak ikot jugak..." walidaini nya tersenyum seraya menyambut huluran tangan anak kesayangannya. dia menyambut dan 


"innalillahi wa inna ilaihi roji'un..." sayang, kakak madu kamu ini dah pergi menghadap Ilahi. si suami menjerit memberitahu si isteri baru. si isteri bergegas. satu keanehan berlaku, bilik gelap tanpa lampu itu sangat terang. dan bilik yang tidak bertingkap itu berbau harum semerbak. arwah tersenyum bagaikan puas dengan apa yang dihadapinya berseorangan dalam bilik kelam itu. sejurus kemudian, hanya mengambil beberapa jam sahaja, mayat arwah selamat dikebumikan. subhanallah semuanya berjalan begitu lancar. tiada kesulitan. tiada keberatan.

dan ketika madunya mengemas bilik peraduan si solehah, terjumpalah akannya sekeping surat yang disisip di bawah bantal. dia segera memanggil suaminya. mereka membuka dan membacanya.


Assalamualaikum wbt
Kehadapan suami dan maduku yang dikasihi
Alhamdulillah ketika kalian membaca warkah ini, ana selamat sampai ke peraduan ayah dan bonda

Wallahi...Watallahi...Wabillahi...
Sesungguhnya Allah adalah saksi yang mutlak bahawa ana tidak pernah curang terhadap zaujil karim...tak pernah terlintas pon...sayunya hati tatkala kalian dan semua penduduk kampung tidak menerima diri ini walau secebis pon...pernahkah kalian terfikir, siapa kalian untuk menghukum tanpa mendengar penjelasan yang ingin diberikan insan lemah ini...hati ini menangis...di mana keadilan kalian dalam menilai seorang insan yang bersalah...tiadakah kasih dan simpati di hati kalian buat insan lemah ini...terpenjara di kamar, menanti  kedatangan zaujil habib, semata2 untuk menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan ibadah...namun,apakan daya insan ini...penantiannya disia2kan...lalu dia meng ubudiyah kan diri kepada Sang Pencinta Agung-yang mana disalah ertikan oleh umat satu dunia sebagai cinta ana dan lelaki ajnabi...Ya Allah...hati dan jiwa ini sebak pabila mengingatkannya. luka dan berdarah silih berganti. akhirnya, masa yang bersisa tidak lagi dihabiskan dengan sebuah penantian. ia di habiskan dengan lebih berhemah hanya kepada Allah Taala (Kekasih Pertama)..

dan tatkala kalian membaca warkah ini, ana mohon agar nama ana dibersihkan dari segala dusta dan nista ini...berikan keamanan ke atas nama yang telah ayah dan bonda ana berikan...walau apa pon terjadi, ana telah maafkan kekhilafan kalian. sesungguhnya kalian tersalah faham, biarlah kepahitan lalu itu terkubur bersama jasad ana. kerana ana tidak memerlukan kalian di alam barzakh...cukup Allah bagi ana...terima kasih kerana sudi memandi, mengkafan dan menyembahyangkan ana...serta menguburkan ana...hanya Allah yang dapat membalas segalanya...

abang...untuk keterakhir kalinya...sayang minta ampun kalau sayang tak mampu memberi yang terbaik buat abang...sayang dah cuba menjadi yang terbaik untuk abang...permintaan abang dah sayang tunaikan, sayang hadiahkan zaujah yang lebih baik daripada sayang untuk abang memimpinnya  ke syurga yang abadi...sayang tunggu abang di sana yer...sayang doakan baitissakinah kalian sentiasa di bawah lindungn barakahNya...salam sayang buat zauji yg tercinta...sayang abang selamanya...

wassalam...

-isterimu yang selalu merindui dan mencintaimu-


tatkala warkah itu selesai di baca...si suami mengucup lembut helaian warkah tersebut dan air matanya mengalir tanpa dapat dibendung lagi...dia bingkas bangun menuju ke bilik air, dia berwudu' dan meluru ke musolla mini yang dibina bersama isteri solehahnya....terasa rindu menyelinap di ruang hatinya...di musolla dia menunaikan solat sunat taubat dan menangis senangis nangisnya...dalam hatinya mengutuk dan mengherdik dirinya yang melulu membuat penilaian tanpa memberi peluang isteri solehahnya membuat pengakuan dan penjelasan...die terus menangis...air matanya turun mencurah2...barulah dia teringat semua susah dan senang selama mereka bersama...bagaimana hebatnya ujian yang datang menerpa mereka tatkala mereka ingin menghalalkan hablu lillahi taala itu...bagaimana terucapnya lafaz sakinah dari bibirnya dengan mas kahwin dan hantaran yang sangat rendah buat si isteri solehah...bagaimana si isteri solehah memujuknya tatkala dia lemah, tatkala dia jatuh, tatkala dia memerlukan sokongan, tatkala dia gagal...bagaimana si isteri dengan selamba memahami dan mengizinkan dia mengahwini madunya...terasa sakit dan sangat pedih ruang legar hatinya pabila meletakkan situasi yang dialami si isteri solehah tatkala dia dan penduduk sekitar serta madunya tidak menerima si isteri...dia menangis lagi...dia tahu air mata itu tak kan dapat mengembalikan isteri solehahnya...malam itu, dia tidur beralaskan lantai yang sejuk dan bertemankan air mata...dan dia berazam...esok akan dikhabarkan kepada semua warga kampung...isteri solehahnya tak pernah bersalah...isterinya suci dari segala salah faham dan fitnah itu...dia mengucapkan syukur, bertasbih dan bertahmid...air mata masih membasahi pipi...dia tertidur dalam kesejukan yang menyucuk....

"abang...kasihan abang...abang tidurlah kat katil...sayang tak sanggup tengok abang tidur dalam kesejukan macam ni...kalau abang tak nak, tak mengapa, sayang selimutkan abang yer..."

Allahu Akbar....Allahu Akbar.... -azan subuh

terpisat2 si suami bangun, dan perkara pertama yang diingat adalah mimpinya semalam, dan ternyata dirinya berselimut. dia sedar bahawa roh arwah isterinya datang menyelimutkannya semalam. dia terasa sebak. air mata mengalir...........................................................tamat............................................................................

p/s: same2lah kte amek iktibar dari sebuah kisah perkongsian di atas ni yer...jom jadi solehah...selagi Allah bersama kte...dtglah ujian dan dugaan...kte psti xkn berundur...krn itulah tnde Allah kasih dn sygkn kte...nyte shbt2...sweet dream yer... =)

1 comment:

  1. semoga bisa dapet pasangan yang baik http://puteriaseela007.blogspot.com/2011/12/buah-tangan-dari-allah-taala-buat.html?showComment=1434170723765#c3038557529998930356

    ReplyDelete